Monday 20 January 2014

Standing alone, pretending like nothing happens


Hidup ini umpama roda, Adakalanya kita berjaya, Adakalanya kita kecewa, Adakalanya suka, Adakalanya duka, Adakalanya kita bahagia, Adakalanya kita derita,

Ingatlah, setiap yang berlaku di dunia, Pasti ada rahsia dan hikmahnya, Yang pasti usah kita lupa, Tingkatkan semangat dan teruskan berusaha, Agar kejayaan ini milik kita Hidup ini umpama sebuah lautan, Bagaikan istana yang diimpikan, Bahkan seperti jutawan yang punya ramai karyawan,

Yang pasti akan tiba hujungnya Kita lalui kehidupan ini penuh rintangan. Juga penuh dugaan serta cabaran, Usahakan diri mencapai kecemerlangan, Untuk mengapai impian, Juga untuk menikmati udara yang percuma Tuhan berikan, Agar diri lebih matang dan tidak lupakan Tuhan



Kehidupan suatu takdir dan ketentuan, Kita sebagai makluk-Nya yang harus mencorakkan, Hidup ini hanya tumpangan, Akhirat yang pasti kekal kita diketemukan, Dosa, pahala yang membezakan, Amal manusia yang telah kita lakukan,

Jadi, tanya hati? itukah soalan, Ya benar, itu soalan yang memerlukan jawapan, Baik atau buruk hanya kita yang mampu laksanakan dan jauhkan. Moga Tuhan sentiasa memberikan nikmat kesihatan, Agar diri ini sentiasa dekat dengan Tuhan.


Be Strong, this is what we called reality



c&p Ustaz Azhar Idrus page :)

TIme !

the time begin..... 
barang da siap pack.. esok siap then boleh gerak...
even alone kat sini tp rs mcm taknak balik pon ade gak.. 
huhuhuuh...
banyak lg barang tak muat tpaksa tggal. next week lah dtg amek. huhu.. 

b.o.r.e.d
time to seret beg naik ktm. 
s.alam, here i comeee (!)

Syafakillah.

Buat sahabat,

dari jauh ku doakan semoga berada dalam keadaan sihat sentiasa. semoga cepat sembuh . .





Friday 17 January 2014

Sehari selepas Final Exam. :)

jyeahhh !
haiii~ Assalamualaikum :)

Hari pertama 'kebebasan'... yeah.. harini bangun pagi kawan2 ajak pegi keluar jumpe ex-classmate. dy dah pindah kat Sungai Buloh. so,, kitorg beberapa kerat ni pon amek keputusan nak jumpe lah. emm.. tempat pertemuan kami di Mid Valley. errr~ jumpe je ok. pastu gerak g Jalan TAR. hehe. Masjid Jamek lah. mana lg kannn... hehehe.. time ke sogo tu.. adoii~ mak datuk, punyalaa ghamai , berpusu pusu org na masuk, dah tu pulak, kat luar siap guard tutup laluan. lepas kitorg kuar cuma org yg ade kat sogo je boleh masuk. haha. adeh. yelaa bagus jugak wat gitu, yela mmg ramai sangat orang, nak bayo kat kaunter pon adoiiyaii jenuh lenguh kaki menunggu. mmg sekejap jela pegi situ, mane taknya pening kepala nengok manusia. hehe. dalam 2jam kitorg pusing-pusing pastu kuar. kitorg pulak berpecah dalam tu. aku haa jalan sorang-sorang.. penat cari dorang tk jumpe. laslas time na bayar tu dorang call dah tunggu kat luar..

lepas sogo kitorang singgah kejap kat MJ. pusing pusing pusing pusing.. lekat 2 helai tudung.. hihi. tu jee.. disebabkan sekarang dalam proses berjimat, jadi cukup ituu je. hehe. kat sogo td dah beli selai jeanss.. dah dah dah ! lepas tengok tengok jalan jalan usha usha barang tadi, terus je gerak balik... :)

yes ! part yang ditunggu tunggu. :) masa on the way balik ni teringat pasar malam dekat stesen U harini.. emm.. ajak ajak ajak dorang nak teman. yes! sampai je kat pasar malam, nampak nasi kerabu. huhu.. tetibe teringat kalo si momo ade ni compom beli nasi kerabu kan? pastu teruskan perjalanan.. nampak jagung pulakkk... adoiii... lawak apakah ini.. peberet momo pulak dahh.. oiii~ teringat sahabat makan minum susah senang tuuu pulakk sobbbsssobbss... hah.. dah touching pulak. :') last last dengan sekali pusingan aku pon buat keputusan, nak membelilahh sekarang. :)

ok... ninndiaaa.. hehe



ni roti pita. tapi yang beli td bukan mcm ni... ni amek kat en.google je.. hehe. roti pita ni beli untuk makan waktu tengah malam sbb tido lewat nanti lapoo.. ni simpan untuk supper :)

niiii.... hehhe.. nasi yang momo selalu beli kalo g pasar malam. :)
Nasi Kerabu + telur masin. ok ni untuk dinner.. hehe.. sedap !

ok... harini beli 2 jenis je. tak bleh beli banyak banyak sebab nanti membazir.. takde sape nak makan.. :)
dan sekarang, sangat boring tak tahu nak buat ape... sebabnye momo takde nak bising bising bebel bebel gadoh gadoh belasah belasah buli buli.. :) i miss u frenn :D

motif : jangan banyak shopping, jimat. haha. jangan membeli makanan banyak banayak. membazir.. hehe :D





Wednesday 15 January 2014

Reunion with C320

Bismillah... :)
Alhamdulillah... harini diberi kesempatan untuk berkumpul ramai-ramai err... bertiga jeponnn. :) disebabkan Nadia keje. jadi.. kami proceed jugak plan untuk makan-makan . yang ada cuma kakja,ira dan saye!.... esok lastt paper kami (me+ira) tapi nak ignore kejap. sebab ni lastt gathering untuk sem 5 nih.. yelah, pasni saye dah nak bawak diri yang lara. :) satu sem tanpa 'family' ni mungkin akan sentiasa dirindui... kebetulan kakja nak balik malam ni jugak. ira pulak, lepas exam esok terus gerak balik.. jadi, yang tinggal hanyalah hamba. :) takpelah. nanti free sy datang sini lawat, sibuk dengan korang. :)
hakikatnya, untuk paper esok, langsung takde mood nak study.. ntahla nape.. hehe. then mungkin mlm ni akan usahakan untuk struggle. hoho.

so, lets see what happen today ! :D

sesi promotion ~~~ hehe

nak makan ape ekk?? hehe

coverrrr~~ hehe

senyummmm ~~~ ^^

buduuuu~~. hehee

ukhwah till jannah~ ^^

makannnn ~


harini... tema kami ialah MAKAN. as long as kami hepi. hehe ^^.... ni lunch.. tapi untuk dinner... sy+ ira ade ni.... :)

sate ayam...

nasi lemak rendang daging :) (2bungkus)

jagung..ira punye

kepak ayam madu beli 2 je :)
 
kopok lekor.... rm2


ok. dats all... kate ira.. "harini las kite g pasar malam ni" 
jadi... ini jelah yang berjaya kami beli. :) 

thanks friend, u make my day OSEMMM ! 
thanks kakja,ira, coz always with me and always sacrificed your time for me.
juz call me when u need me honey (:


with love,
me. 
:D 

Monday 13 January 2014

Love Love

allah hu robbi....
Bismillah... Alhamdulillah..

Tanggal 16/1 akan berakhirnya sesi 2013/2014 semester 1 kat Univ ni.. Allah.. last peyper... setelah habis bertarung 5 paper lepas... mungkin ini paper yg sangat ditunggu-tunggu... yea, saat2 dimana kita akan mula berkobar kobar nak balik kampung jumpa family, saat kita mula packing packing barang, saat ada yang ditinggalkan. hum.. Allah... ni sebenarnya part yang paling sukar ditempuh.

'Meninggalkan' bukanlah sesuatu yang mudah. mungkin orang lain ternanti-nanti paper terakhir tp tak bagi aku. sebabnya, paper terakhir nilah yang menjadi mercu tanda saat detik ketika yang sukar ditempuh.

'keluarga' dikampung menunggu, tapi 'keluarga' disini akan ditinggalkan. haha. mungkin aku yang syiok sendiri, sedih sendiri padahal mungkin orang lain sedang melompat lompat kegembiraan sepanjang pemergianku hehe sebab aku takut perasan sendiri je. hehe.

semenjak dua menjak ni.. hati ni rasa sedih sangat. tak tahu nak gambarkan macamana. taktahu nak cerita mcamana. tak tahu nak luahkan mcmna. sometimes, ade jugak terlepas dkat sahabat 'sedihla nak pegi praktikal' . ohmm. . bukan sedih nak pegi pektikal, tp sedih nak meninggalkan kesayangan kat sini..  lepas ni mungkin akan balik kampung terus untuk praktikal (1sem) then balik sini, dorg pulak takde, dorang praktikal pulak.. :'(
tapi takpe, nanty cuti keje boleh datang KL, boleh jalan jalan kat sini. pastu nanti bile ada cuti, skype, webcam, harap harap membantu la nak lepaskan rindu kat keluarga kat sini.

harapanku, biar perpisahan ini hanya sementara. biar akan ada jodoh untuk bertemu sentiasa. biar jauh tapi tak lupa. biar tidak dimata tapi di hati ada. biar ukhwah kekal sentiasa. biar doa sentiasa mengiringi kita.

thanks sebab mengajarku erti sebuah persahabatan. erti kasih sayang. erti kehidupan.. moga kerinduan sentiasa di hati :")
ukhwah fillah abadan abada :)

Saturday 11 January 2014

Hati dan Keikhlasan

Memang benar, ikhlas adalah rahsia, rahsia dalam hati setiap insan. Dan ikhlas adalah rahsia dari rahsia yang teramat lembut, sehingga samar dari dugaan semua yang hidup. Begitu samar dan tersembunyi, sehingga sulit bagi diri seseorang atau orang lain untuk mengukur kemurniannya. 

Dalam hadits Rasulullah SAW dikatakan:

Keikhlasan adalah rahsia yang diambil dari rahsia-rahsia-Ku. Aku telah menempatkannya sebagai amanat di hati sanubari hamba-hamba-Ku yang Aku Cinta.” (HR. al-Qazwaini)

Hasan al-Banna pernah berkata tentang makna ikhlas,

“Ikhlas adalah seorang saudara muslim yang bermaksud dengan kata-katanya, amalnya, dan jihadnya, seluruhnya hanya kepada Allah, untuk mencari redha Allah dan balasan yang baik dari Allah dengan tanpa melihat kepada keuntungan, bentuk, kedudukan, gelar, kemajuan, atau kemunduran. Dengan demikian ia menjadi tentera aqidah dan fikrah dan bukan tentera keinginan atau manfaat.”

Salah satu sebab jauhnya diri kita dari ikhlas ialah sifat ‘ujub, sifat berbangga diri yang berlebihan, dan menganggap orang lain tidak lebih baik dari diri kita. Sifat ini yang sering muncul tanpa kita sedari, yang mampu merobek-robek keikhlasan dalam diri kita. Ia yang mampu menodai kemurnian ikhlas dalam hati dan ia yang mampu mengotori hati dengan lendir-lendir kenistaan.

Tentunya kita tak ingin, keikhlasan yang ada di dalam hati ini, keikhlasan yang selalu kita jaga ini, ternodai dan bahkan terkotori kan?  Dan hal yang dapat kita lakukan untuk menjaga keikhlasan adalah dengan menghapus sifat ‘ujub itu dari dalam hati, membuangnya jauh-jauh tanpa ada yang tersisa. 

Dimulai dengan hal yang kecil dan sederhana, iaitu dengan menganggap  orang lain lebih baik daripada diri kita, anggaplah ia lebih mulia di sisi Allah.

* Jikalau kita melihat seseorang yang lebih muda daripada kita, maka hendaklah kita berkata, “Anak ini masih muda usianya, belum banyak berbuat dosa dan bermaksiat kepada Allah, sedangkan aku yang sudah lebih tua darinya tentu telah banyak berbuat dosa dan bermaksiat kepada Allah. Maka tiada keraguan lagi bahwa ia lebih baik daripada aku di sisi Allah.”

* Jikalau kita melihat seseorang yang lebih tua daripada kita, maka hendaklah kita berkata, “Orang tua ini sudah beribadah kepada Allah lebih dahulu daripada aku, maka tiada keraguan lagi bahwa ia lebih banyak pahalanya, lebih mulia daripada aku di sisi Allah.”

* Apabila kita melihat orang alim, maka hendaklah kita berkata, “Orang alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian ilmu yang tidak dikurniakan kepadaku. Ia telah sampai ke martabat yang aku tak sampai kepadanya, dan ia mengetahui pelbagai masalah yang tak aku ketahui, maka bagaimana aku boleh sepertinya sedangkan diriku masih bergelimang dengan dosa dan maksiat?”

* Bila kita melihat orang yang jahil, maka hendaklah kita berkata, “Orang ini jahil lantas ia berbuat maksiat kepada Allah dengan kejahilannya, tetapi aku berbuat maksiat dengan ilmuku, dengan kesedaranku, maka bagaimana aku dapat mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah nanti?”

* Saat kita menyaksikan orang fasik atau ahli maksiat, maka hendaklah kita berkata, “Benar orang ini jasadnya bergelimang dalam kemaksiatan dan dosa, tapi siapa yang tahu kalau sebenarnya hatinya selalu benci pada kemaksiatan yang ia lakukan, dan bersamaan dengan itu ia tetap mengagungkan Tuhannya. 
Terbuka kemungkinan suatu saat nanti ia bertaubat dan menyesali perbuatannya, lalu ia melakukan amal soleh yang nilainya lebih tinggi di mata Allah daripada aku. Sedangkan aku sendiri sampai saat ini dan nanti, tidak pernah tahu apakah ketaatanku itu diterima oleh Allah atau tidak. Dan aku juga tidak pernah mengetahui apa yang akan terjadi pada diriku esok hari.”

* Di kala kita melihat orang kafir, maka hendaklah kita berkata, “Aku tidak tahu, kemungkinan orang kafir ini akan beriman, memeluk agama Islam dan akhirnya mempunyai husnul khatimah, sedangkan aku tidak tahu apakah akan dapat menjaga keimanan ini hingga akhir hayat dan mendapatkan husnul khatimah?”

Pertanyaan seperti ini bukan mengada-ada, tapi pasti dan yakin. Kerana jika kita bertanya, siapakah yang dapat memastikan kalau kita dapat menjaga keimanan ini hingga akhir hayat, lalu kita memperoleh husnul khatimah? Siapa yang boleh tahu secara pasti kalau dirinya pasti diampuni oleh Allah? Siapakah yang dapat menjamin kalau diri kita pasti selamat di akhirat? Semua itu adalah rahsia Allah, yang tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya. Bahkan beliau, Rasulullah SAW berkata:

Katakanlah: Aku tidak mengatakan padamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah, ‘Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?’ Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?” (QS. Al-An’aam: 50)


Allah hu Robbi ~ 
Astagfirullahal'azimm... 



ya Allah, peliharalah akhlak ku menjadi diantara insan yg 'ikhlas'.... allah... banyak yang perlu diperbaiki.. banyak yang perlu di tampal, ditambah, ditolak... dalam tak sedar kadangkala mazmumah lebih mendahui mahmudah... hakkatnya.... ruang-ruang untuk berubah sentiasa, sentiasa terbuka... cuma kita (aku) yang masih siakannya.. 
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... In Shaa Allah. 

Wednesday 1 January 2014

countdown !!!

tomorrow is the dayyy !

FINAL EXAM is comingggggggggggggggggg !!
like seriously???
pray for me :D

Layar Lara~

terima kasih, kasih.
hihi. tapi tu dulu... 
sekarang... 
kawan! SAHABAT??
ok cukup kawan...

awak,
susah senang gembira sedih.
sentiasa ada.
biarpun kita dah takde apa2 selain sbg kawan
doaku semoga ukhwah itu fi sabilillah...

doaku,
semoga senantiasa bahagia, gembira dengan kehidupan mendatang.
teguh, kuat, semangat, untuk menempuh dugaan yang mendatang. 

sungguh, 
aku punya alasan sendiri mengapa jalan ini ku pilih.
hanya maaf mampu ku hulur.
namun, 
walau hatimu ku guris, ku carik,
ku balas dengan kecewa..
kau masih sentiasa ada.
sentiasa
tak kira masa
ketika

cuma
yang jelas, hanya kau yang mampu bersabar dengan karenahku.
melayankan leteran bebelan sifat keanak-anakan ni..
tak pernah mengeluh walaupon hakikatnya sangat membosankan
thanks a lot ! 

kawan.

doaku,
semoga bertemu dengan bidadari syurga.
menggantikan si pari-pari yang tak keruan hatinya.
semoga sedih bertukar gembira,
airmata bertukar senyuman manisnya
derita bertukar bahagia
suram bertukar cahaya

thanks awak, 
bola dan lagu
0707


#luahan, bukan puisi atau gurindam. heee