Saturday 22 February 2014

1st week praktikal

hohooooohoi!. heheh..

alahai... harini cutiiii! yehaaaa~!!!
tapi.. honestly,, da cuti taktau nak buat apa la pulak.. ok ok, tak cite pasal 1st week praktikal..
ok, mula2 nak introduce tempat duluuu.... heheh..

ok, sebelah ni adalah tempat dimana aku ditempatkan untuk berpraktikum selama 6 bulan... bangunan ni kita panggil Wisma Persekutuan Taiping, Perak. ni tempat dimana aku akan pegi tiap2 hari selama 6bulan ni..
aku bertugas di tingkat bawah, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Larut/Matang/Selama.
untuk 2minggu awal ni aku bertugas di kuanterrr... jadi... kalo ade pape bolehla dtg kaunter.. tp untuk urusan berkait je ok. hehe. em,, meh dengar cite macamana keadaan selama seminggu ni. hihi.
seminggu sebelum praktikal. banyak kejadian kejadian yang menguji minda. banyak persediaan yang dilakukan *tipu*. hehe. takde la banyak sangat. act, adela sikit sikit, baca buku yang berkaitan, persediaan dari segi mental dan fizikal. yes, persediaan ni mmg penting sangat sebenarnya. hal ini kerana, melalui pembacaan dan pengetahuan ni akan membantu kita untuk lebih kuat luaran da dalaman. hikhik.

kenapa?

sebab, kita tak tahu kan ape yang bakal terjadi di tempat baru, dengan orang baru, dan environment yang baru. ok, sebelum pegi tu kene pastikan semua barang-barang yang penting diletakkan dalam 1 fail.
1. surat kelulusan dari HQ atau organisasi yang diterima.
2. i/c dan kad matrik
3. buku panduan praktikal (kalo ade)
4. buku note kecikk (untuk catit ape2 yang perlu)
5. duittt... (perlu untuk makan.hehhehe)
6. datang awal.......

tapi kalo nak selamat, minggu sebelum tu kalo sempat boleh pegi dulu kat tempat korang tu. masa tu boleh tengok tengok tempat, kenal kenal dengan pentadbir. dan masa tu jugak boleh tanya pasal etika kerja, etika pakaian, waktu keje, waktu rehat, emm ape2 la yang penting... ok, boleh jugak nak tanya pasal kaitan atau bahan yang boleh dapat untuk penuhi kehendak thesis korang tu..tanya jugak ape tugas korang nanti, tempat duduk kat mana.. haa nanti takla kelamkabut sangat kan. :)

tu je... masa awal awal tu mmg neves tahap internationale.. aku sendiri pon mmg cuak. dua tiga kali tgk bangunan tu nak make sure tak salah tempat. tapi dengan bebekalkan keyakinan, sambil jalan tu istighfar, selawat supaya dipermudahkan segala urusan.. :)

untuk hari pertama, tingkahlaku kene jaga. kene tunjuk profesional kite, gaya pemikiran kita, semua kene manage betul betul supaya tak de gagap gagap nanti. walo apepun yang terjadi, korang kene mantain senyummmmm je.. hehehe.. SENYUM !.... heheh..

untuk hari pertama ni korang kene jadi ramah tamah. kite kan kat tempat orang, jadi kite yang kene start everything. kalo tak, pakai jadi PATI la kite kalo takde kawan. heheh.

ok, untuk minggu pertama ni, kite kena berusaha mencari kawan yang boleh dijadikan rujukan kalo kite ade masalah. contohnya macam aku ni mmg la tak reti nak pakai mesin fotostat tu, jadi aku kene la mintak tolong akak2 situ. sambil buat muka tak maluu je.. hehhe.. tu je rasa yang perlu.. as long as korang selesa, teruskan je.. and one more! jangan biarkan diri korng dibulii... korang kene pastikan keje2 yang korang buat tu mmg keje korang... tapi kalo staf mintak tolong yang korang mampu tu, jangan malas pulak. korang kene tolong tau. hehehe.. maknanya, buatlah yang korang mampu selagi boleh. kalo dah rasa betul2 dah tak tahan, contohnya korang disuruh cuci pinggan, jaga anak boss, ect. korang boleh terus lapor kat univ korang, call jabatan dan boleh tukar tempat praktikum. :)

ok, tu je... selamat berpraktikum.. :D
jom buat buat bizi.. :)

<------- poyo
kbhai!
:D

Thursday 13 February 2014

praktikal oh praktikal..

ce tgk tajuk?? gamak gamak ape yg bermain difikiran gue?

huhu.. act, harini hari kedua aku ulang alik shah alam-Univ-shah alam.. haih.. kalaulah aku tahu yang bende bende tu suma tak settle lagi,, awai awai aku dah pi kat department. tp takpelah, ujian.. tanda Allah sayang kita. kan?

wlocemne pon, aku bersyukur sangat dr pagi sampai ke petang menempek di jabatan akhirnya siap jugak 1 keja, tinggal lagi sikit sikit sambung esok pulak.
owh, lupa nak cerita, semalam aku siap siap kemas barang amek angkut barang rite? harini aku p department untuk selesaikan surat kelulusan dr HQ. btw kalo kutkan aku dah call 2minggu lepas pasal surat ni, then hq kate nak email je. so. aku pon bg email kerani n head of department. tp yang merisaukan aku semenjak dua menjak ni ialah surat u stil tak sampai sampai. masalahnye isnin depan aku da start praktikal. Allah.. mmg cuak sangat sampai tahap tak boleh tido malam hari hari cek email. yelah, mmg nampak bende ni kecik, tapi klo takde surat hq ni, mmg pegi untuk bersiar siar la jawab eh. mne boleh masuk sesuka hati. silap2 kene dengan agensi. dats why lah aku cuak sangat. lg satu, aku harap jugak dalam letter ni ade tulis siapa penyelia atau sape kita nak rujuk nanti. tapi biler dapat tadi, takde pon dinyatakan dalam tu. aih, takut pulak. takkan nak pi terpa macam tu ja nanti...

oleh sebab aku nak ready untuk hari pertama berpraktikal nanti, kalo boleh taknak la jatuhkan nama univ, tapi nak tunjukkan kat agensi yang univ aku i mmg menghasilkan produk yang berkualiti, proaktif. so, aku kene buat kajian sikit pasal tempat keje ni... nty takdelah aku terkial kial nak jawab.

ok, disebabkan aku tak tahu siapa penyelia nanti. esok aku kene jugak settlekan hal ni. aku kene call agensi untuk dapatkan nama n pastikan nama aku mmg betul diterima kat situ. jadi sabtu ni aku kene gerak gi tengok jalan yang akan aku tempuh selama 6bulan nanti. aih.. merempitla aku nanti.. bahaya jugak sbb kat taiping ni walaupon kecik, tapi ade jugak kes ragut.eksiden tu mmg ade, kat mana mana pon. tapi yang paling aku tak suka, abang2 JPJ. aih, tlglah, aku cuak sangat. adeh! harap2 semua selamat. amiin..

tapi kes aku ni taklah dugaan sangat. yang paling aku tekejut bila kak zana (kerani) bgtahu yang 6 orang classmate aku tak dapat surat lagi dan yang paling mengejutkan semalam baru hantar 1 surat untuk am. Ya Allah.. patotla dua tiga hari ni aku tak sedap hati... moga dipermudahkanlah urusan dorang.. yes, inilah benda yang paling aku takotkan. takot tunggu tunggu kelulusan tiba2 kene reject. Allah... dalam masa dua hari yang tinggal ni, mana nak cari agensi?? sapa nak tawarkan kalo dah las minit macam n??? sabarla sahabat, moga Allah permudahkan urusan kalian.... tulah kisahnya, las 2weeks aku sendiri yang call hq tanya pasal permohonan kami 4 orang dari jabatan. and the result is... sukacita! succeed! lulus! tapi yang aku peliknya, bila aku call kak zana semalam kate hq tolak 2 orang. memang masa tu tekejut monkey jugaklah aku. yelah mane boleh buat main bende gini.. tapi,, bila dengar Alamdulillah aku still diterima. cuma dua orang lagi ditolak sebab tempat yang dorang nak, penuh.

mesti korang pelik kan, kenapa asyik cakap pasal surat...surat...surat.... haih, mcm dah takde bende lain kan?

yes! like i said, bende ni nampak je mcm kecik, macam semut yang jalan kecik kecik tu astu kita boleh sempat picit dia bagi mati. kan??? tak gitu??? huhu. yela, tak relevan..

tapi nilah masalah kami 1 department, ok, 10 orag daripada kami dah dapat surat, and, citra mungkin dah dapat surat tu.. tapi yang masalahnya, kami still tak boleh daftar untuk course sem ni.. ok, untuk kes aku, consider surat tak sampai kat tangan lagi, jadi mmg logik tak dapat daftar. mungkin next week. tapi.. yang tak boleh terima akal tu.. will budak sabah tu.. haih, dy la yang paling awal dapat surat kelulusan. tapi sampai harini still tak dapat daftar. persalannya, kalo will yang dah dekat sebulan dapat kelulusan tapi tak dapat approval citra,takdapat daftar lagi.. jadi,, kami yang baru terima surat confirmation ni macamne pulak? kn tunggu sebulan lagi ke??? yang member yang baru mohon tu??? kene tunggu dua bulan??? oke, kalo lah jawapannya ya, mungkin kami akan didenda tanpa belas kasihan. rite? mmg salah kami mohon lewat.. tapi, ape yang citra buat dengan sistem tu sampai tak bukak bukak untuk approval?? haih.. kitorang bukan anak Tan Sri senang senang dapat duit.. mak ayah kami keje kuat hari hari na biaya hdup lah.. hailaaa sistem.. tolonglah berfungsi dengan baik.. tp takpelah mungin ade baik buruknye.

harap harap esok dah boleh daftar.. taklah pening kepala ni memikior..

yang penting aku bersyukur sangat harini dengan usaha yang tak seberapa, dapat aku selesaikan 1 perkara.. semoga esok aku dapat terus selesaikan perkara yang selebihnya.. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Allah hu Akhbar.

# La Tahzan, In Na Allah ha MAana
#esok masih ada.
#semalam adalah kenangan, hari ini adalah masa depan.
#Allah hu Robbi
#thanks family, kawan yang banyak bagi semangat dan support. terima kasih jugak atas segala perkongsian.
#classmate #atush #sha #ima #cabinetfruits #semuayangterlibat

Wednesday 12 February 2014

dunia duhai hati

meninggalkan dan ditinggalkan, ini karma atau kafarah dosa...

Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: 

"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula."

Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda :

 "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

jadi tertanya-tanya sang hati, apakah dugaan kali ini... ia benar benar mengujiku sekali lagi.. cukup bagiku ujian setahun lalu, kini mungkin ia karma atau kafarah bagiku.. setahun aku membuat keputusan meninggalkan dan membiarkan perasaan berbolak baik, tanpa ada sedikit rasa belas dan kasihan, saat airmata menitis berlinangan, tatkala hati remuk berkecai.. dimana aku? ketika itu, aku sedang enak, enak dengan dunia, tersenyum seakan-akan aku telah berjaya. ya, berjaya membuat dunia melutut kepadaku.. tapi aku terlupa pada karma. EGO ku terus menguasai dan aku? aku membiarkan ego terus bermaharajalela. dimana saat itu aku? kononnya berpijak dibumi yang nyata, persetankan semua muslihat dunia. tapi sekali, akhirnya aku rebah tidak lagi bermaya, semangat hilang entah kemana, prestasi menurun berlpat ganda. 

apakah ini karma? 

sering, aku menjadi pemerhati dunia, diuji dengan pancaroba. aku rebah, melutut mengharapkan ihsan, belas. rebah menanti tangan yang menghulurkan. dimana aku? ya, masih didunia, dikelilingi manusia. kejamkah aku? layakkah aku menerima karma? dimana aku? saat aku jatuh, masih mampu aku mengangkat tangan menghulur agar ada tangan yang sudi menyambut. tapi, aku terlupa, terleka. mana tangan yang aku cengkam,yang aku gapai,yang aku genggam erat... lebih erat pada suatu ketika..kerana aku tahu, aku semakin takut pada karma. ya, karma yang akan membalas perbuatanku, perlakuanku, egoku, dendamku, segala titik hitam dalam hatiku. Ya Allah.. hebatnya dugaanMu padaku... satu demi satu kau beri padaku, satu demi satu kau sentuh aku. pintaku, cuma satu.. cuitlah hatiku, sentuhlah hatiku untuk lebih dekat padaMu, 

ya Allah, 

hanya Engkau yang lebih mengenali siapa aku, hanya Engkau yang lebih mengerti isi hatiku, Hanya Engkau yang lebih tahu tujuanku. seringkali aku merasakan dunia ini kejam ,terlalu kejam untuk aku, tapi kini aku tahu, ini semua dugaanMu untukku, supaya aku lebih tabah. lebih berdikari dalam mengharungi dunia ini, dan yang paling utama, segalanya ku terima hanya keranaMu. setiap dugaan yang kuterima, ku yakin, semua kafarah untukku, untuk aku lebih dekat dengan Penciptaku, untuk aku lebih bersyukur kepadaMu. 

kali ini dugaanMu sangat hebat. dulu, aku meninggalkan dengan ego syaitan, tapi kini aku ditinggalkan dengan penuh kepastian. kepastian yang aku sendiri mampu menjawab. kerana aku perlu tahu, tiada ummat yang sempurna melainkan Muhammad... ya, aku perlu.. siapa aku? siapa aku untuk mendapatkan yang terbaik? siapa aku untuk mendapatkan yang terbaik? siapa aku untuk mengharapkan sesuatu yang tak mungkin berlaku, ya. kenapa? kerana aku tidak sempurna. aku melakukan kesalahan. kesalahan demi kesalahan. hari demi hari. ya, kesalahan yang mungkin tak dapat diluahkan, yang tak terungkap dan yang utama, tak dapat dimaafkan. jika dugaan ini karma buatku, ku bersyukur padaMu, jika ini kafarah buatku, ku bersyukur kerana aku masih dipilih untuk mensyukuri nikmatMu,merasai rasa Nikmatnya SyurgaMu.. moga Syahid itu untuk aku.. 










nukilan : hati
by : aku bukan diriku

cuti cuti

ohh haii ~

cuti hampir sebulan. yang pasti stat dr cuti aku still terjelepuk kat s.alam yang permai. dr hari ke hari, minggu ke minggu berjanji dengan mak nak balik kampung.. tp asyik tunda tunda. ok, bila kawan kawan cal "hang ni bz dah macam yb", yes, tak bz sangat tp jadi bibik ni biasa la buat keje rumah.. (tapi tak la 100%) sebab ade sorg lagi anak buah abang ipar, die buat. aku cuma masak, basuh baju,kemas rumah. bab kemas ni je yg 12h kn mgemas, mainan,kertas terbang terbang.. mcm2 projek budak budak ni buat. oh my.. saboo jela. kejap nak minum, nak makan.. tp ok la, sbb da biasa. hehe.

tapi..
banyak yang cancel cuti ni... yg 1st skali, kenduri memberr. syida.. dah lama kot tak jumpe.. since fom1 sampai sekarang. aku kirimkan salam je kat dorang. besnyee, dorang mesti buat reunion.. sedih. :(
pastu, mak pulak sensorang kat rumah, even ade anak buah sorang tp i know that she need me soo much. yelah, dah lama tak balik kg hari2 call. tp dah cite2  sume ok lah. mak ok, mak faham. :) nanti org balik..
then, my best fren sha punye birthday... klo ikutkan nak sgt balik nak celebrate n buat suprisee.. tp tulah.. sori shaaa.. serabut sangat bulan ni.. banyak yang nak kene siapkan... arghhh.. dah lah, jangan dikenang bende yg lepas. yes, skrg sha dah praktikal.. harap hang kuat! i luv u dear. :') banyak bende nak story dengan hang, jatuh bangun aku kat univ ni.. nak cite esaimen2 yang havoc aku buat, projek2 jabatan... sumeee citer2 yang best... wlaupon dah cite, tp xpela kan, klo cite depan2 lg feel.

fyi, aku tersangatla tak suka k-pop sebenaqnya, tp takla sampai tahap aku kritik2 budak k-pop. cuma,,, aku ni tak pandai sangat nak melayan lagu2 k-pop tp klo dah budak2 ni (rumet c401) ni bukak, wani dok nyanyi, mmg terlayan jugaklah kekadang. hehe.
tp.... yang peliknya, stat cuti (last paper final) haritu... aku dok sorang2 kat KUAZ, pagi petang siang malam sensorang, makan sorang, tido sorang, borak sorang, memekak sorang, Allah je yang tahu tahap keboringan aku.. hehe. tp sokeyy.. yelah kn faham, takkan dorang nak stay kolej dgn aku sampai aku balik, ye dak?? sume org mmg terkejar2 nak balik kampung. aku je yang... takk... bukan tak nak, tapi tak boleh... hummm... disebabkan tu.. hari2 juga aku call mak aku... rindu... tp kadang2 ade jugak classmate aku wani tu dtg teman, sbb aku ni penakot sbnarnya tp aku beranikan diri jugak.. mungkin die ni faham kot aku ni yang penkut dan mungkin jugak dy kesian kat aku jd die sudi temankan aku.. seminggu tu 1 malam die temamkan. jadi ok la. tak la boring sangat. klo tak mau kua midvalley sensorang malam malam buta. haha. ok, tak lawak. kalo mak aku tahu mungkin akan kene siku. hee...

ok, disebabkan banyak masa aku menyendiri seorang diri, aku banyak tengok video ustaz azhar idrus dan gelak sorang sorang. tak lupa jugak, video matlutfi. eh dan yang paling aku tak lupaaa... aku tengok RUNNING MAN! oh man.. rupanya running man ni bes gelak tahap guling guling. err dah lama tahu tp takde masa nak tengok. tp, yes, mmg betul kata wani kalo sekali layan.. mmg boleh addicted. hehe,, bes kott.. kelako.. tu jela teman nak gelak2 sambil makan megi. heehe.. megi? ape? nak kata mknan tak sihat? hehe tak kisahh.. sbb magi tu dah makanan harian dah... tiap petang malam dok makan megi. hehe.

oklah.. harini aku dah g amek sume barang kat univ... termasuk baldi. huhuh.. tu pon nak jugak. tak leh blah. hehe. bukan ape taknak kang semak bilik tu.. sian pulak dorang.

sedih rsa bila balik kuaz td... setiap sudut, setiap celah ade kenangan. yes semua kenangan. pahit, manis. tapi xpelah. sy ada tanggungjawab. tanggungjawab untuk belajar, untuk tidak sia siakan harapan mak abah. yes. aku kemas kemas then packing... siap! tak lama lpastu abg cal.. okeyyy!! masa untuk balikkkkk~ huhuhu.. takpelah, kenangan akan simpan ketat2 dalam hati. cuma kenangan tu je sudi atau tak dok dalam hati. kalo tak sudi, mesti dy men jauh2.. hehe ok merapu. :)

jumaat aku akan balik kampung dengan kakak aku sbb aku nak bawak balik suma barang. senang sikit, tumpang akak aku sementara dy nak balik uma mak metua dy, aku boleh lah menyempit sikit... lg satu pulak.. akak aku mintak balik jugak minggu ni, sbb ada hal katanya, family probs... aku tggu jelah dan ikut je... sebabnya nk tengok sendiri ape yang terjdi nanti..

lagi satu, aku cukup tak faham dengan sistem univ ni. okdah mohon untuk praktikal, kelulusan pon dah dapat. yang tak faham tu... course tak boleh daftar. ok ulang lagi sekali, TAK BOLEH DAFTAR! ape ke masalahnye... nak tggu approval ape lagi pon ntahla.. pening pening.. yang masalah tu bukan sebab tak approve. tapi masalahnya, kalo tak boleh daftar b4 tarikh... kn charge yuran+_denda lewat lagi.. so lebih kurang rm50 x 9 (kredit h) jadinye untuk yuran pektikal saje rm450.. tu tak termasuk yang lain lain lg... kopak duti gini.. tak mulih nak bejimat jawab ehh.. takpelah. i will wait, waiting for da approval letter. still waiting. haihhh, blablabla......


ok lah penat dah. nak pegi buat keje pulak. kbaiii
lebiuu
much

Thursday 6 February 2014

redha ke pasrah?

Bismillah, alhamdulillah, innalillah.. :)

ok redha ke pasrah? dua hari lepas, gatal tangan nak text my ex. ouh, padahnya , mendapatlah. heheh.. tak tahulah nak redha ke nak pasrah.

......yang namanya kenangan memang susah nak lupakan....

ye dok?? tp berita hepinye, skrg dy dah berjaya. woaaa.... dah ade aset aset yang dah mmg boleh dan layak untuk bekahwin. hehe. cepat cepat temu jodoh. jyeah! bile ckp pasal jodoh ni lah yang timbul pulak perasaan yang mcm errr... jeles? tak jugak. sakit hati? tak jugak. dendam?tak jugak. tp rasa sesuatulah. yelah orang yang pernah kite sayang, 6-7 tahun jugak hubungan tu. tp terputus di tengah jalan. ceewahh. hehe. act, dah setahun lebih dah takde pape hubungan tp still contact kadang-kadang. 

ok, back to da topic ----> ok, dalam perbualan 2 hari lpas dia dah bgtahu yang dy dah ade buah hati baru. ouh, bakal tunangan katenye. alhamdulillah. hepi bile dengar. hehhe. aku pon tanpa rasa bersalah, terus stalk stalk stalk~ Fb nyeee. hehhe.. then yes! dapat kesan dah sape 'si dia' tersebut. hehe. comel, ayu dan anggun. hehhe. tp tinggi lebih kurang aku je kot.. hikhik. tak pon aku tinggi sikit. hahhaa... tu tak penting, yang penting semoga bahagia hingga ke syurga.. :D cepat cept buat majlis (nikah). hehhe..

sedih ke tak?
kecewa ke tak?
berharap ke tak?

ape lagi.. ni kalo member member tahu habisla aku kene fire dengan pelbagai jenis dan bentuk soalan. objektif, subjektif, esei.. hahaha.. nasib baik dorang tak tahu aku ade blog. hikhik.. momo je yang tahu. hihihi. :) kire selamat laa.. kihkih..

ok, nak cakap pasal kesedihan ni... tetiba teringat soalan mama (mak angkut) hehe kenapa angkut? nt kite story. ehhe..

ma : hang betoi ka takdak pakwe?
me : ade. baru putus. hehe. (niat ade nak kenalkan,tp tak kesampaian)
ma : maya, hang ni tak sedih ke putus cinta?
me : kenapa?
ma : hang ni hari hari tengok asyik gelak, sengih, snyum, membebel macam biasa ja, macam takdak apa2..
me : haha, mestilahh, sy nangis dalam selimut je. heehehe. kalo nangis kat sini nanti sume orang tengok, maluuu. kihkih (opss, jgn bagtahu orang ye. ehhehe)
ma : ada jugak orang macam ni. *senyum senyum geleng kepala

haha, masa awal awl, mula mula dulu keras hati betul. cover kesedihan tu.. baikkkk punyeeerr. hehehe.. tp sebelum tido, meleleh jugak laaa. kuikui.. tp makin lama, makin terasa sebenarnya kehilangan tu. tapi, dalam hati kena kuat. suka cakap kat diri sendiri

 "lihat orang yang kita sayang bahagia, sesuatu yang membahagiakan" 

boleh kan? orang yang kita sayang, bukan si dia je, tp keluarga, kawan kawan... pon samelah kan? :) 
memberi lebih baik daripada menerima. kan kan kan. kuatkan hati, untuk redha dengan takdir. sebab apa? sebab percaturan yang terbaik hanya daripada-Nya. in sha Allah, mungkin sesuatu menanti kita nanti :D
rite? and ! yang paling penting.. 

Rehda Allah adalah redha daripada ibubapa. :D
jadi, kita berjasa pada keluarga dulu lah. okey?
buat awak, semoga berbahagia dunia dan akhirat. in shaa Allah sy doakan.