Thursday 30 May 2013

KEHILANGAN~

Bismillahhirrahmanirrahim......
dengan nama Allah....

semalam dikejutkan dengan 1 berita sedih.. ya Allah... pemergian seorang pensyarah yg jugak merupakan seorang Penasihat Akademikku.... 30.5.2013.... lg 1 kenangan duka pada MEI..... :(

"arwah baik orangnya" ingat aku kata2 dalam tV tu. tp mmg betul.
memang Dr Faizah baik... sangat-sangat. kalo ikutkan mmg ape yg diajar kdg2 susah nak msuk dlm otak. tp dia yg terbaik. tak pernah mengeluh, tersenyum dan tersenyum. walaupon kelas bising, tak pernah marah. sy bangga dapt mnjadi salah sorg pelajarnya. 

"awak ade peluang, tapi kalo awak tak cuba , macam awak bagi peluang tu pada org lain sedangkan awak boleh", ni kata2 yg buat aku kuat, menguatkan lagi diriku untuk ke jepun. walaupon hakikatnya berat hati ni. tapi semangatnya membuatkan aku berkobar2... 

"sy taknak dengar masalah pelajaran je, awak ade masalah lain tak?" 
yesss! kali pertama sy dan rakan2 jumpe Penasihat Akademik.. kami terkedu dengan soalan ni.. tapi... demi Allah, sangat selesa bercerita.. ternyata, beliau bukan hanya seorang guru, tetapi beliau juga seorang saudara,kakak,ibu kepada kami.. 

mesej2 yang dihantar tak pernah tak dibalas... sentiasa ada bersama pelajarnya. sy rindukan dy..
ye.. sebelum ni ade bual2 untuk buat praktikum bawah seliannya, tapi,, ya Allah... Allah lebih sygkannya.. 
alhamdulillah, sy sempat juge jmpe beliau kat toilet. "toilet" . toilet student... sy beorang yang bersungguh, bile dy minta dri sy terus melambai2 "byee dr.......!!!" dalam toilett pulak. :( tapi takpela sy sempat berjumpe dan berbual.. sedih... :( 

emmmmm.. dah taktahu nak ckp mcmnee.. 
semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.... 
Alfatihah~~

#Prof. Madya. Dr Faizah Yunus#dalam kenangan#menyayangimu#jasamudikenang# lots of love #

Monday 20 May 2013

TINTA HATI

Diriku,
Insan kerdil yang gigih mencari ilmu,
Sesuap pengetahuan dalam dunia yang kelam,
Dalam dingin yang suram,
Aku,
Umpama lalang yang ke kiri dan ke kanan,
Ditiup angin sangkaan,
Kadangkala terus kehadapan,
Kadangkala mengundur kebelakang,
Ahhhhh !
Hati berteriakan minta tidak di permainkan,
Minda minta kekuatan untuk matang berfikiran,
Cerita sentiasa minta aku untuk mengindahkan
Namun, diriku seakan tidak melayan, 
Masih di dalam dunia khayalan,
Namun, aku harus melawan !
Bangun menentang badai halangan,
Kerana disitu kejayaan,
Sabar setialan menjadi peneman,
Agar sorakan kegembiraan dapat kedengaran. 

nukilan : pelangisenja

Monday 6 May 2013

Terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata......


Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

1. Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

2. Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. 


Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada 2 kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.”. Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.


3. Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan.

~ kesalahan yg kadangkala kita tak perasan.. menyakitkan hati org lain, kata-katta teguran yang tidak sesuai (br je aku buat pada sahabat aku) mgkin boleh meninggalkan kesan calar yang sukar untuk sembuh.. 

*maafkanku sahabat, mungkin aku masih belum mengenali dirimu, dan kamu menjadi mangsa amarahku*In sha Allah, akanku usaha amalkan 3 perkara ni... semoga hati-hati yang lain tidak lagi dilukai :)

#maafkanku#sayangknmu