Monday 20 May 2013

TINTA HATI

Diriku,
Insan kerdil yang gigih mencari ilmu,
Sesuap pengetahuan dalam dunia yang kelam,
Dalam dingin yang suram,
Aku,
Umpama lalang yang ke kiri dan ke kanan,
Ditiup angin sangkaan,
Kadangkala terus kehadapan,
Kadangkala mengundur kebelakang,
Ahhhhh !
Hati berteriakan minta tidak di permainkan,
Minda minta kekuatan untuk matang berfikiran,
Cerita sentiasa minta aku untuk mengindahkan
Namun, diriku seakan tidak melayan, 
Masih di dalam dunia khayalan,
Namun, aku harus melawan !
Bangun menentang badai halangan,
Kerana disitu kejayaan,
Sabar setialan menjadi peneman,
Agar sorakan kegembiraan dapat kedengaran. 

nukilan : pelangisenja

No comments:

Post a Comment