Wednesday, 15 January 2014

Reunion with C320

Bismillah... :)
Alhamdulillah... harini diberi kesempatan untuk berkumpul ramai-ramai err... bertiga jeponnn. :) disebabkan Nadia keje. jadi.. kami proceed jugak plan untuk makan-makan . yang ada cuma kakja,ira dan saye!.... esok lastt paper kami (me+ira) tapi nak ignore kejap. sebab ni lastt gathering untuk sem 5 nih.. yelah, pasni saye dah nak bawak diri yang lara. :) satu sem tanpa 'family' ni mungkin akan sentiasa dirindui... kebetulan kakja nak balik malam ni jugak. ira pulak, lepas exam esok terus gerak balik.. jadi, yang tinggal hanyalah hamba. :) takpelah. nanti free sy datang sini lawat, sibuk dengan korang. :)
hakikatnya, untuk paper esok, langsung takde mood nak study.. ntahla nape.. hehe. then mungkin mlm ni akan usahakan untuk struggle. hoho.

so, lets see what happen today ! :D

sesi promotion ~~~ hehe

nak makan ape ekk?? hehe

coverrrr~~ hehe

senyummmm ~~~ ^^

buduuuu~~. hehee

ukhwah till jannah~ ^^

makannnn ~


harini... tema kami ialah MAKAN. as long as kami hepi. hehe ^^.... ni lunch.. tapi untuk dinner... sy+ ira ade ni.... :)

sate ayam...

nasi lemak rendang daging :) (2bungkus)

jagung..ira punye

kepak ayam madu beli 2 je :)
 
kopok lekor.... rm2


ok. dats all... kate ira.. "harini las kite g pasar malam ni" 
jadi... ini jelah yang berjaya kami beli. :) 

thanks friend, u make my day OSEMMM ! 
thanks kakja,ira, coz always with me and always sacrificed your time for me.
juz call me when u need me honey (:


with love,
me. 
:D 

Monday, 13 January 2014

Love Love

allah hu robbi....
Bismillah... Alhamdulillah..

Tanggal 16/1 akan berakhirnya sesi 2013/2014 semester 1 kat Univ ni.. Allah.. last peyper... setelah habis bertarung 5 paper lepas... mungkin ini paper yg sangat ditunggu-tunggu... yea, saat2 dimana kita akan mula berkobar kobar nak balik kampung jumpa family, saat kita mula packing packing barang, saat ada yang ditinggalkan. hum.. Allah... ni sebenarnya part yang paling sukar ditempuh.

'Meninggalkan' bukanlah sesuatu yang mudah. mungkin orang lain ternanti-nanti paper terakhir tp tak bagi aku. sebabnya, paper terakhir nilah yang menjadi mercu tanda saat detik ketika yang sukar ditempuh.

'keluarga' dikampung menunggu, tapi 'keluarga' disini akan ditinggalkan. haha. mungkin aku yang syiok sendiri, sedih sendiri padahal mungkin orang lain sedang melompat lompat kegembiraan sepanjang pemergianku hehe sebab aku takut perasan sendiri je. hehe.

semenjak dua menjak ni.. hati ni rasa sedih sangat. tak tahu nak gambarkan macamana. taktahu nak cerita mcamana. tak tahu nak luahkan mcmna. sometimes, ade jugak terlepas dkat sahabat 'sedihla nak pegi praktikal' . ohmm. . bukan sedih nak pegi pektikal, tp sedih nak meninggalkan kesayangan kat sini..  lepas ni mungkin akan balik kampung terus untuk praktikal (1sem) then balik sini, dorg pulak takde, dorang praktikal pulak.. :'(
tapi takpe, nanty cuti keje boleh datang KL, boleh jalan jalan kat sini. pastu nanti bile ada cuti, skype, webcam, harap harap membantu la nak lepaskan rindu kat keluarga kat sini.

harapanku, biar perpisahan ini hanya sementara. biar akan ada jodoh untuk bertemu sentiasa. biar jauh tapi tak lupa. biar tidak dimata tapi di hati ada. biar ukhwah kekal sentiasa. biar doa sentiasa mengiringi kita.

thanks sebab mengajarku erti sebuah persahabatan. erti kasih sayang. erti kehidupan.. moga kerinduan sentiasa di hati :")
ukhwah fillah abadan abada :)

Saturday, 11 January 2014

Hati dan Keikhlasan

Memang benar, ikhlas adalah rahsia, rahsia dalam hati setiap insan. Dan ikhlas adalah rahsia dari rahsia yang teramat lembut, sehingga samar dari dugaan semua yang hidup. Begitu samar dan tersembunyi, sehingga sulit bagi diri seseorang atau orang lain untuk mengukur kemurniannya. 

Dalam hadits Rasulullah SAW dikatakan:

Keikhlasan adalah rahsia yang diambil dari rahsia-rahsia-Ku. Aku telah menempatkannya sebagai amanat di hati sanubari hamba-hamba-Ku yang Aku Cinta.” (HR. al-Qazwaini)

Hasan al-Banna pernah berkata tentang makna ikhlas,

“Ikhlas adalah seorang saudara muslim yang bermaksud dengan kata-katanya, amalnya, dan jihadnya, seluruhnya hanya kepada Allah, untuk mencari redha Allah dan balasan yang baik dari Allah dengan tanpa melihat kepada keuntungan, bentuk, kedudukan, gelar, kemajuan, atau kemunduran. Dengan demikian ia menjadi tentera aqidah dan fikrah dan bukan tentera keinginan atau manfaat.”

Salah satu sebab jauhnya diri kita dari ikhlas ialah sifat ‘ujub, sifat berbangga diri yang berlebihan, dan menganggap orang lain tidak lebih baik dari diri kita. Sifat ini yang sering muncul tanpa kita sedari, yang mampu merobek-robek keikhlasan dalam diri kita. Ia yang mampu menodai kemurnian ikhlas dalam hati dan ia yang mampu mengotori hati dengan lendir-lendir kenistaan.

Tentunya kita tak ingin, keikhlasan yang ada di dalam hati ini, keikhlasan yang selalu kita jaga ini, ternodai dan bahkan terkotori kan?  Dan hal yang dapat kita lakukan untuk menjaga keikhlasan adalah dengan menghapus sifat ‘ujub itu dari dalam hati, membuangnya jauh-jauh tanpa ada yang tersisa. 

Dimulai dengan hal yang kecil dan sederhana, iaitu dengan menganggap  orang lain lebih baik daripada diri kita, anggaplah ia lebih mulia di sisi Allah.

* Jikalau kita melihat seseorang yang lebih muda daripada kita, maka hendaklah kita berkata, “Anak ini masih muda usianya, belum banyak berbuat dosa dan bermaksiat kepada Allah, sedangkan aku yang sudah lebih tua darinya tentu telah banyak berbuat dosa dan bermaksiat kepada Allah. Maka tiada keraguan lagi bahwa ia lebih baik daripada aku di sisi Allah.”

* Jikalau kita melihat seseorang yang lebih tua daripada kita, maka hendaklah kita berkata, “Orang tua ini sudah beribadah kepada Allah lebih dahulu daripada aku, maka tiada keraguan lagi bahwa ia lebih banyak pahalanya, lebih mulia daripada aku di sisi Allah.”

* Apabila kita melihat orang alim, maka hendaklah kita berkata, “Orang alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian ilmu yang tidak dikurniakan kepadaku. Ia telah sampai ke martabat yang aku tak sampai kepadanya, dan ia mengetahui pelbagai masalah yang tak aku ketahui, maka bagaimana aku boleh sepertinya sedangkan diriku masih bergelimang dengan dosa dan maksiat?”

* Bila kita melihat orang yang jahil, maka hendaklah kita berkata, “Orang ini jahil lantas ia berbuat maksiat kepada Allah dengan kejahilannya, tetapi aku berbuat maksiat dengan ilmuku, dengan kesedaranku, maka bagaimana aku dapat mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah nanti?”

* Saat kita menyaksikan orang fasik atau ahli maksiat, maka hendaklah kita berkata, “Benar orang ini jasadnya bergelimang dalam kemaksiatan dan dosa, tapi siapa yang tahu kalau sebenarnya hatinya selalu benci pada kemaksiatan yang ia lakukan, dan bersamaan dengan itu ia tetap mengagungkan Tuhannya. 
Terbuka kemungkinan suatu saat nanti ia bertaubat dan menyesali perbuatannya, lalu ia melakukan amal soleh yang nilainya lebih tinggi di mata Allah daripada aku. Sedangkan aku sendiri sampai saat ini dan nanti, tidak pernah tahu apakah ketaatanku itu diterima oleh Allah atau tidak. Dan aku juga tidak pernah mengetahui apa yang akan terjadi pada diriku esok hari.”

* Di kala kita melihat orang kafir, maka hendaklah kita berkata, “Aku tidak tahu, kemungkinan orang kafir ini akan beriman, memeluk agama Islam dan akhirnya mempunyai husnul khatimah, sedangkan aku tidak tahu apakah akan dapat menjaga keimanan ini hingga akhir hayat dan mendapatkan husnul khatimah?”

Pertanyaan seperti ini bukan mengada-ada, tapi pasti dan yakin. Kerana jika kita bertanya, siapakah yang dapat memastikan kalau kita dapat menjaga keimanan ini hingga akhir hayat, lalu kita memperoleh husnul khatimah? Siapa yang boleh tahu secara pasti kalau dirinya pasti diampuni oleh Allah? Siapakah yang dapat menjamin kalau diri kita pasti selamat di akhirat? Semua itu adalah rahsia Allah, yang tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya. Bahkan beliau, Rasulullah SAW berkata:

Katakanlah: Aku tidak mengatakan padamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah, ‘Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?’ Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?” (QS. Al-An’aam: 50)


Allah hu Robbi ~ 
Astagfirullahal'azimm... 



ya Allah, peliharalah akhlak ku menjadi diantara insan yg 'ikhlas'.... allah... banyak yang perlu diperbaiki.. banyak yang perlu di tampal, ditambah, ditolak... dalam tak sedar kadangkala mazmumah lebih mendahui mahmudah... hakkatnya.... ruang-ruang untuk berubah sentiasa, sentiasa terbuka... cuma kita (aku) yang masih siakannya.. 
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... In Shaa Allah. 

Wednesday, 1 January 2014

countdown !!!

tomorrow is the dayyy !

FINAL EXAM is comingggggggggggggggggg !!
like seriously???
pray for me :D

Layar Lara~

terima kasih, kasih.
hihi. tapi tu dulu... 
sekarang... 
kawan! SAHABAT??
ok cukup kawan...

awak,
susah senang gembira sedih.
sentiasa ada.
biarpun kita dah takde apa2 selain sbg kawan
doaku semoga ukhwah itu fi sabilillah...

doaku,
semoga senantiasa bahagia, gembira dengan kehidupan mendatang.
teguh, kuat, semangat, untuk menempuh dugaan yang mendatang. 

sungguh, 
aku punya alasan sendiri mengapa jalan ini ku pilih.
hanya maaf mampu ku hulur.
namun, 
walau hatimu ku guris, ku carik,
ku balas dengan kecewa..
kau masih sentiasa ada.
sentiasa
tak kira masa
ketika

cuma
yang jelas, hanya kau yang mampu bersabar dengan karenahku.
melayankan leteran bebelan sifat keanak-anakan ni..
tak pernah mengeluh walaupon hakikatnya sangat membosankan
thanks a lot ! 

kawan.

doaku,
semoga bertemu dengan bidadari syurga.
menggantikan si pari-pari yang tak keruan hatinya.
semoga sedih bertukar gembira,
airmata bertukar senyuman manisnya
derita bertukar bahagia
suram bertukar cahaya

thanks awak, 
bola dan lagu
0707


#luahan, bukan puisi atau gurindam. heee

Tuesday, 31 December 2013

new year 2014




semoga tahun baru lebih bahagia, full of coloursss~ 
"shine bright like a diamond....... "
tahun baru di atas katil yg empuk, berbantalkan bantal yang sama... 
hati yang sama, jiwa yang sama, diri yang sama, 
dengan harapan...
tahun baru...
it will CHANGE ! 
totally CHANGE! 
mencari yang sebelumnya yang semangat penuh di dada, membakar dijiwa, senyum melekat sentiasa.....
i will~ 



me,
hope.

problem? stress? airmata? ape lagi??? amek campak buang jauh jauh ! legaa~ :D

Tuesday, 26 November 2013

Al-Haq

Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.
 

Thursday, 10 October 2013

ALLAH.... thanks for giving me such a good good frends ever~



thanksss 4 everything dat u have done for me... im really eppriciate it~ siyesly.... kamu2 antara yang memahami, mengerti, segala yang ad dalam hati ini, even kadang2 ak nihh sorg yg soooo annoyed.... :) 
MAAF ye semuaa... dulu kini dan selamanya, In Shaa Allah.... sy akan selamanya bsama awak... walaupon kdgkala jarang contact, jarang jumpa, jarang sangat nak call2,,, tp ktahuilah yg kamu2 sentiasa dalam ingatan. doaku sentiasa mengiringimu...

just believe dat im really believe u.. trust u... hepi when im with u.... always tryin to understand u..... owhhh.... semualahhhh ! 

thanks SAHABAT ~
with LOVE 


sha : hg da mcm kakak aku dah, dr umo 5tahun sampaila skrg ni.....still togetherr... kalo ak ad masalah.... p rumah hang p cerita2 pastu balik umah dah boleh senyummm... dr kecik dok main pondok2 naik basikal sama2, sampai la besaq dok merempit sama2... luv u dear... thanks for all da support ~


ok sometimee...perangai gila2 datang.... ok sha, atush, ima... mcm2 projek dr dapur (masak), ruang tamu (karaoke), berjimba (jalan2 shopping) sumeee aktiviti yang kite buat sesamaa... time kasih sbb memahami kehidupan aku yang banyak ragam... susah,senang,hepi,sedih, wlopon kadang2 ada yang tlepas pandang... maafkan sy ye awakk... imaa,, tak lama lagi da nak jd isteri org... hope dpt jadi isteri solehah... kurangkan gnas2 tu sikit.. :) moga abang ipar kami tak kesah kie nak berjimba nanti.. hihi.. shaa, pasni ak tahu mst hg..hihi.. asenye along mcm tengah berusaha skrg... nt mintak along carikan jodoh kat aku pulak. ^^ atushhh pulak, ak tahu hg tak lama lepastu hg pulak, sebab ak nak yg las sekali.. hehe... semoga dikurniakan jodoh yang dpat mmbahagiakan hg tauu ~ hepi with uollss...



ok , ni pulak since age 16th until now stil together wlopon banyak ranjau berduri yang kt lalui bersama, tu suma kenangan buat aku... kenangan bilaa dulu2 buat hal kt ostel, JM2, kat prep, time kat DM, masing2 dgn perangai mcm2. hehe.. walopon ak jarang reply wassap korg... tp ak sentiasaaaaa ingat korg sumeee ! yess... bile tgk iklan kecantikan aku ingat si fatingg tuuu.. wonder glow... hehe... g'are si pembantu bisnesswomen tu.. hihi.. g'a ketot.. wlopon tinggi sikittt je dr aku. hehe.. dayahhhh yg selaluu blurrr dan soalan2 kelakar yg suke sgt ko tnye tuu.. hehe... amid... ! amid da mcm kakak.... selalu je ad ms u buat itu ini untuk kitorg.. :) aikaaa.. si kenyal yang kuat bebel.. hhehe.. ejatt... tak tak habis2 ngn papa mama dy tu.. hihi.. ak doakan smoga bahagia yee. :)..... lastly,, erin...si princess. tahniah kawan, awak dah jadi isteri org.. semoga bahagia . semoga hubungan , ikatan perkahwinan ni kekal abadi. semoga sentiasa sabar menempuh segala dugaan dan cabaran.. ^^ sayang kome2 

next! amira aziz, kami bru je kenal since hari pendaftaran kat sini... baru 2tahun.. tpi rs mcm dah lama kenal. ko ni kan ra, baik sangat. kadang2 ase mcm ko kakak, tp kadang2 mcm ko adik, kadang2 macam mama, kadang2 ko garang tp aku tak takot.. hehe.. tp sem ni kite dah tak 1 bilik, tp ak still ase mcm kite 1 bilik sbb ak sllu tido bilik ko. hehe.. lepak2, mkn, :) sorii kawan kalo kdg2 ko rs boringgg dgn ak.. hehe. yela. ak kan org seni. thanks selalu bawak aku p jalan2,shopping,ajar bawak bradpitt, tlg basuh baju ,sidai sbb ak malas buat bende tu..rindu ko... hehe.. ko jg diri,kesihatan baik2.. ^^ luv u momo.


classmate, nida,will,sham,am,mun,wani,ekin,huda,k.fa,mei,su,mhiru..... thanks sangat atas tunjuk ajar korang, semoga kite sama2 berjaya 1 hari nanti. thanks kc pinjam note, huraikan note, layankan mulut bising dalam kelas, dannn everything lahh. :) luv much .



lastly, harap ukhwah kite till jannah. maaf salah silap, semua kesalahan2 kecil dr tercubit sampailah tersepak. mohon jangan simpan dalam hati ye sayang sume..^^ u are always in my heart.. tak kire lah lama ataupon baru kenal. even kadang2 ak jarang contact korang, korang sentiasa dalam doa ak.. gelak tawa, sedih resah sume dgn korg sangat ak rindukan... time kasih atas segala pengorbanan yg korg da korbankan u ak... ak amaaaatt mengahargainyaa~ maafkan salah silap sy yee..




#selamat hari raya Aidiladha
#maafkan sy sume besties..
#moga sentiasa ada masa susah dan senang kalian.
#sayang korang sume <3

Thursday, 3 October 2013

Assalamualaikum..

owh. malam yg bosan menyebabkan aku terpaksa dgr lagu lagu kat youtube. owh, tetiba lagu ni mencengkam jiwa. mungkin tak sepatutnya kot . . ohhhh. . . tolonglah abaikan . . . huhuu . .

'hanya kamu ynag mengerti diriku'



mungkin sunyi sunyi ni buat ak teringat kat 'dia' . owh dah tade pape dah maya . . kenangan je lagi . .
lupakan. . 
lupakan . .
lupakan . .

:')

Friday, 2 August 2013

Befday Amira Aziz a.k.a MOMO a.k.a GEMUK

Assalamualaikum…



Hai blogger… hari ni hari yang special untuk sahabat CSS sebab… harini BEFDAY dy yang ke……(tetttttttttt!) heheh taboleh gitauuu. Jdy da tua dahh. Kikiki…. Nak tengok tak sape budak tu???
Jap eh….
Jap jap…

 taraaaaaaaaaaaaaaaa!


Ape??Tak eh..hehehe bukan bukan.. ni najwa latip. Hihihi…. Ni haaa.. tgk betul2 tauu .. ni ni.. :P


Hehehe..omeyyy ~ :P ni amira aziz…  dy sahabat, rumet, kakak, adik, mama.. er.. mama??? Tak tak tipu jeee… heheh… ampun..ampun.. hehehe..
Ok ok. Back to the topikk yeee~..

I wish… I wish… I wish… ^^

Ok,, momo, sempena befday ko yang ke 12 tahunni ak doakan.... semoga sentiasa sabar menempuhi onak duri ranjau kehidupan didunia…  :) semoga dikurniakan kesihatan yang baik, sihat selalu, gemuk selalu, dan selalu lalu. :Phehe… pastu, semoga sentiasa di murahkan rezeki dan diberkatioleh-Nya… *aminnJ *
Pastu lg… sory for everything dat i hve done since hari pertama kite “ice breaking” kat KUAZ n smpai la sekarang. Hehe.. thanks sangat2 sebab sudi bersahabat dengan aku yang pendek lagi rendang tapi cute ni. Hohohoh *puji dr sendiri. Hehhe :P
Thanks sangat2 sudi melayan kerenah aku, mulut bising, kuat bebel, tolong sidai baju, sebab aku malas. hehe. pastu layan aku yang malas exercise ni. Ehhehe. Sori tak dapat temankan ko tiap petang g jogging sebab class smpi malam.. * tapi kalo teman g makan burger tepi tasik ade masa pulak. Hehe* takkk, ikhlas ni aku mmg malas exercise..kikikiki ^^

Pasni kite da tak duduk satu bilik tp harap still jadi sahabat :) … t ko jg diri baik2 tau..jgn lupe aku pulak. Hehee..nnty, ko kn bawak aku g makan hari2 tau dgn brad pitt.. g mid valley, g makan kek indulgence, makan laksa, makan nasik kerabu, makan sup,makan makan, bercuti jalan2 lepak2. Hheheh sumeeelaaaa… tautautau..jgn sombong dgn aku eh. Nt aku belasah ko. :P

Ok. Sempena hari ketuaan ko, aku nak request  1 benda untuk befday gurl. Heheh
Emmm….
Jgn marah ehh…
Hehhee..
Emmm,,,,
Tlg nyanyi lagu YUNA- Lelaki tak guna! Hehehhehehe jgn maraaaaaahh~~~~ :P :P
Ok. Emm.Ko jg diri baik2, kesihatan baik2, makan baik2, sumeee sumeeelah. Hihihihi….
Ok????

Lebiuuuuu :P





*miss u like a love song bebeh. hihihi :P



Saturday, 6 July 2013

kek dan lilin

hi guys~ Assalamualaikum....
kek dan lilin, ape tu?? kek.. ialah sejenis makanan yang ade kandungan tepung, gula, esen vanila, pastu krim kat atas n tambah sikit perisa kesukaan korang. contohnye nak perisa pandan ke, vanila ke coklat ke hapeee hapeee jelah.. bila krim dan kek ni bersatu maknanya kandungan lemak tu makin bertambah. hihi.. oh yee. lilin ! ape tu?? lilin pulak adalah sejenis bende yang takboleh dimakan tapi boleh diguna pada waktu2 tertentu contohnya, rumah takde letrik.. nak pkai apee??? pkai lilin.. haaa baru dapat pencahayaan tuu.. ngeee~ lilin ni pon digunakan untukkkk diletakkan kat atas kek tadii. haaa.. kadang2 lilin ni katenye melambangkan umo si befday gegirl atopon befday boboy tuu.. contohnye,, dua lilin.. melambangkan dua tahun.. tiga lilin, tiga tahun... tapi... 22 tahun?? peru tak 22 lilin?? hehhe ok, secara logiknya teori lilin dan umo ni tak boleh pkai. hikhiik ~ behtu kalo umo 50 tahun?? takk ke penuh kek dengan lilin kan? hehehe ... kesimpulannye, lilin ni guna ikut sedap mata memandang dan ikut kehendak individu jelahh ehh . ngeee~ ape ke motiffnye nak cite pasal kek dan lilin ni?? hehhe.. sebenonyeee rni befdayy sy yang keeee~~~ ehem. ehem. hikhiik. di sebabkan rasa kasih dan sayang seorang kakak kepada adik bongsunye, dah dibelikan kek... katenyee.. hihi. hoh, kek ni memng menjadi idaman semenjak dua menjak ni sebab dok tengok kek coklat strawberry yang k.adah buah tu.. rs mcm nak lompat katak je bile dapat nih.. kihkih.. nak tengok nak tengok??? nty ehh. :) ok sempena befday yang ke ehem ehem nih nak buat ucapan sikit :

firstly, alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan di dunia yang fana ini. selain tu, alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk menambah amalan di dunia untuk di bawa ke akhirat kelak. semoga dengan kesempatan yang masih diberikan, dapat memperbaiki kelemahan, kesilapan yang telah dilakukan sepanjang kehidupan ini. semoga redha Allah sentiasa bersamaku. amiin..

buat family, Abah. abah, anak abah dah besar, dah pandai berdikari, dah ada keyakinan bila bhadapan dengan orang, dah berani duduk sorang2, dah boleh buat keputusan sendiri *sikit-sikit*, tapi, still malas lipat baju, masak tu dah pandai dah boleh kawen dah.. abah.. rindu abah sangat2... sayang abah sangat2.... semoga abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. al-fatihah, yaasin, dan ayat2 al-quran sentiasa menjadi peneman dikala kerinduan. Ya Allah, peliharalah Abahku.. ringankanlah bebanannya disana.. <3

MAk, mak. sayang mak sangat-sangat... mak yang terbaik, sekarang, maklah abah dan mak jugalah mak buat kami semua. mak, terima kasih atas segala pengorbanan yang mak berikan, dari kecik sampai besar, segala jasa tak terhitung dengan tangan. mak, jaga diri baik2, segala peluh keringat mak, inshaa Allah akan dibalas dengan kejayaan. mak, time kasih sebab selama ni sudi melayan kerenah anak bongsu mak yang mengada-ngada, kuat merajuk, kuat membebel, pemalas, err.. serba serbi tak kena ni. hihi. maaf sangat~ tapi.. mak la mak yang terrbaekk. tak sabar nak balik kampung nak lepak2 dengan mak pastu buat2 lawak, pastu gelak2, main teka teki, story mory cite yang berbulan2 disimpan nih. hikhik. mak, doakan anak mak ni memperoleh kejayaan dunia dan akhirat tau.. sayang maakk . mmuaaaahhhh ! ! <3

buat kakak, abang,. anak buat terchinta.. korang yang terbaik, korang lah semanagat dan pendorong dikala susah dan senang. segalanya tak dapat diungkap dengan kata-kata. terima kasih atas kesudian sepanjang kehidupan ni sudi melayan kerenah adik yang ntah hape hape nih.. hihi. sayang sangat-sangat semuanya.. mmuaahhh !

lastly, buat kawan2 yang menyayangi diri ni, thanks a lot sebab sudi meluangkan masa dengan sahabat yang sengal nih. walopon umo da tua tp pangai still mcm budak2 kadang2 tuu.. hihi.. terima jelaa ehhh.. satu lagi, timekasih jugak sebab sudi terima kawan korg yg kuat membebel, banyak citee, banyak songeh, err.. mcm2 laaa.. thanks sangat2. :) thanks jugak segala semua wish tuu.. sangat menghargaii~ walaopon mengaku, yang kadang2 suke lupe befday korang, owhhh, ternyata aku dan nombor bukan sahabat baik -.-" . tulah tu kelemahan yang tak terjangka... :( sorii kawan-kawan.... sebenarnya, sayang korang sangat sangat. lebiu like a luv song bebeh (!) :)

ok, thats all,,,,
ehh .. emmm so,,, ade some pic untuk korang.. ms clebrte mlm tuu ^^ ...... okk.. thank u alll ~~~ ^____^ byeee


thanks a lot sis, even bz bekerja, still remember my birthday . <3
oh.. abaikan selekeh itu. spek senget pon . haha
my sis, anis n adam :)
ADAM ! oh my. ensem tak ? kiki













Friday, 5 July 2013

ceciter citeee~

assalamualaikum.. dah lama tak menaip kat sini... since exam sampaila da habeh exam n skng keje bagi mengisi masa lapang :) neway,, setelah banyak liku2 onak duri ranjau kehidupan yang ditempuh semasa usia muda ni, banyak jugak yang dah ditempuhi... manisss, pahit, getir, suka, duka, tawa, gembira.. ehh macam2 laa. da mcm ABC tambah aiskem kat ats dy. hehe... yes, dalam hidup ni mmg banyak kesabaran yang diperlukan, ketabahan, kejujuran.keikhlasan, kesetiaan.. dll... :)
kesetiaan... emm skg da bulan 7 kan.. dalam bulan ni, banyak yang perlu aku tempuhh.. harapnye semua tabah-tabah belake lake. ekkhh?? hehe . okey, firstly nk citer pasal exam..
act, exam sem ni takde yang berubah, sama macam tahun lepas.. cuma harapan result dapat berubahh.. ----> betterr kan. tapi err sem ni bz dengan projek soal selidik,,, study,,,,kemas barang jee..
ok, yang aku sedih skrg sijil seminar still sampai harini takde berita.. so, dalam minggu exam aku terpaksa handle jugak sjil ni,, tapi office kate nak buat.. cuma tak tahu skg pkembangan mcmne smada berkembang atau menguncup... ntahlah.. bukan ape, ok, dah dilantik sbg pengarah projek, then kite dah buat projek, tapi sijil taknak kuarkan what theeee heekk?? aku ase kadang2 mcm nak je g serang office,, lastly, aku terpaksa susahkan akak2 office kat jabatan aku pulak kene g dekan uruskan.. heii?? ape ni?? sabarr.. sabar.. org dok ngate keliling kan.. takpe2 sabar lagi... -.-" tapi dalam hati ase nak terjun katil berirama jah.. maslaah kecik je nih 'sijil' je kot.. pehal lu kecoh... kankan? eh awak, tak kecoh la kalo janji dicapati nih. grrr~ nyusahkan kaum kerabat jeee~ tp citer ni KIV samapi sem depan kn tengok lak cmneee. ok, back to the topic ---> EXAM, exam kali ni tak memeberangsangkan. ok kes exam yang paling tak boleh lupa bilaaa salah masuk dewan exam. haaa??? ye~ SALAH MASUK DEWAN EXAM (!) ok.. mcmne boleh takperasan ntah. exam kat Dewan TUnku Canselor, tapi yg aku,nida,wani p terpa kat Dewan 3. oke.. mmg la kan lagi 5 minit terus g berlari.... nasib nida bawak FIXIE dy tuuu 'kete kancil'. hehe... kemain da mcm drift daa weiii~ melayang layang... pastu lewat bpe mint? ce teka?? 20 minit ! huuuugrrrhh da macam hape tiba2 sampai lari2 cari meja terus duduk tulis jawab soalan.. keyhh akak memg pro keyhh,, tayah mind map. terus tulis idea mencurah2 ke ladang gandum, haha.. kesimpulannya, aku tak jawab 1 soalan. hurmmm... mimpi ngeri lah jawabnyee.. carry mark pon sikit seyhh.. haa.. ape2 lah, malas nak ingat balik.. -..-" ------> ok , next pasal kolej pulak, secara rasminya aku da kn pisah dengan iraa.. dy dapat kolej 12, aku stay kuaz.. sedih sebenaqnyaa... tapi takpelah, jauh mcmne pon aku takkan biarkan dy aman.. ngehngeh , aku akan kaco dy jugakk... walapon selalunye dy yang kaco aku... T.T tapi aku tak kesah sebab aku mmg sukaa kiki... tapi... jaouh mcmne pon tetap nk mcm dulu jugak, bekfes kat Pak Ayob sama2, KfC sama2, Restoran Masjid Bulat sama sama.. Sogo sama sama, Mid Valley sama sama, waaaa~ ni betul2 sedihhh :( "ko jgn lupe aku tau gemuk,momo. sayang ko sangat sangat ehh tak, bukan ko, Bradd Pitt. hihihi" nnty aku g lawat ko tau kat 12th. hehe. aku tak tahu nak dok ngn sape ni kt kolej.. ermmm pakai pilih2 jela nanty.. boleh kot kan.. heheh.. redhoo jee.. hikhik. momo, jangan risau keyh even kite jauh, fac ko depan kolej je.. ko tak reply msg, tak angkat cll aku mmg aku serang sport centre tuuu.. ingat ni... *muke samseng* hahah :P ok, sape yg bakal jadi rumet aku, bewareee~ ade taring yang tajam di sebalik muke yang ayuuuu ni.. ngehngeh.. ayuu laaa sangattt~ :P

hehe. kbaii~ naty cite lagiii ^^

Thursday, 13 June 2013

Mata bergodek godek !

Isu baruu... kelopak mata bergerak gerak . apakah?????
citenye,, tadi tetibe je mata ni bergerak gerak berirama.. err, hiperbola disitu. ngee~ newayssss, mata dulu dulu teringat dok kenekan classmate fom6 dulu, kate kalo mata bgerak ni alamat umo tak panjang..
ngehehe.. sakan dok sakat org. kini anda pula yang terima padahnyeee. hikhik
sukeee ehhh~ hehe. untuk menghilangkan rasa keraguan di hati dan kesangsian dijiwa supaya jiwa tak parah, cek dengan laju sepantas kilat pon menge'cek' la kat en.GOOGLE. 
nak tahuuu????
noh kite nengokkk~~~

  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

next~~~~


  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

tapi yang musykil tuuu, mata kiri bawah kanan. sape perempuan itu?? emm... mak kot nih.. main rindu2. heheh :) 

tapi tapi tapiiiii~ ni sume taboleh pecayaaa sangat okehh :) ni sensaje je menggodek kat gugel . :P
napee?? sebabnyee kenkandang kan boleh jadik scra kebetulan.. sooo,, chill ! ^^

Tuesday, 4 June 2013

sayang sahabat saye :)






dier suke biru, sy suke pink
tp kami sehati dan sejiwaa :)

saye sayang awak . G.E.M.U.K :)
FOREVER~

Thursday, 30 May 2013

KEHILANGAN~

Bismillahhirrahmanirrahim......
dengan nama Allah....

semalam dikejutkan dengan 1 berita sedih.. ya Allah... pemergian seorang pensyarah yg jugak merupakan seorang Penasihat Akademikku.... 30.5.2013.... lg 1 kenangan duka pada MEI..... :(

"arwah baik orangnya" ingat aku kata2 dalam tV tu. tp mmg betul.
memang Dr Faizah baik... sangat-sangat. kalo ikutkan mmg ape yg diajar kdg2 susah nak msuk dlm otak. tp dia yg terbaik. tak pernah mengeluh, tersenyum dan tersenyum. walaupon kelas bising, tak pernah marah. sy bangga dapt mnjadi salah sorg pelajarnya. 

"awak ade peluang, tapi kalo awak tak cuba , macam awak bagi peluang tu pada org lain sedangkan awak boleh", ni kata2 yg buat aku kuat, menguatkan lagi diriku untuk ke jepun. walaupon hakikatnya berat hati ni. tapi semangatnya membuatkan aku berkobar2... 

"sy taknak dengar masalah pelajaran je, awak ade masalah lain tak?" 
yesss! kali pertama sy dan rakan2 jumpe Penasihat Akademik.. kami terkedu dengan soalan ni.. tapi... demi Allah, sangat selesa bercerita.. ternyata, beliau bukan hanya seorang guru, tetapi beliau juga seorang saudara,kakak,ibu kepada kami.. 

mesej2 yang dihantar tak pernah tak dibalas... sentiasa ada bersama pelajarnya. sy rindukan dy..
ye.. sebelum ni ade bual2 untuk buat praktikum bawah seliannya, tapi,, ya Allah... Allah lebih sygkannya.. 
alhamdulillah, sy sempat juge jmpe beliau kat toilet. "toilet" . toilet student... sy beorang yang bersungguh, bile dy minta dri sy terus melambai2 "byee dr.......!!!" dalam toilett pulak. :( tapi takpela sy sempat berjumpe dan berbual.. sedih... :( 

emmmmm.. dah taktahu nak ckp mcmnee.. 
semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.... 
Alfatihah~~

#Prof. Madya. Dr Faizah Yunus#dalam kenangan#menyayangimu#jasamudikenang# lots of love #

Monday, 20 May 2013

TINTA HATI

Diriku,
Insan kerdil yang gigih mencari ilmu,
Sesuap pengetahuan dalam dunia yang kelam,
Dalam dingin yang suram,
Aku,
Umpama lalang yang ke kiri dan ke kanan,
Ditiup angin sangkaan,
Kadangkala terus kehadapan,
Kadangkala mengundur kebelakang,
Ahhhhh !
Hati berteriakan minta tidak di permainkan,
Minda minta kekuatan untuk matang berfikiran,
Cerita sentiasa minta aku untuk mengindahkan
Namun, diriku seakan tidak melayan, 
Masih di dalam dunia khayalan,
Namun, aku harus melawan !
Bangun menentang badai halangan,
Kerana disitu kejayaan,
Sabar setialan menjadi peneman,
Agar sorakan kegembiraan dapat kedengaran. 

nukilan : pelangisenja

Monday, 6 May 2013

Terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata......


Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

1. Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

2. Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. 


Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada 2 kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.”. Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.


3. Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan.

~ kesalahan yg kadangkala kita tak perasan.. menyakitkan hati org lain, kata-katta teguran yang tidak sesuai (br je aku buat pada sahabat aku) mgkin boleh meninggalkan kesan calar yang sukar untuk sembuh.. 

*maafkanku sahabat, mungkin aku masih belum mengenali dirimu, dan kamu menjadi mangsa amarahku*In sha Allah, akanku usaha amalkan 3 perkara ni... semoga hati-hati yang lain tidak lagi dilukai :)

#maafkanku#sayangknmu



Saturday, 27 April 2013

Pandang Langit

saat bila tiba-tiba kita akhirnya menangis.
sebab perkara remeh temeh.
hal-hal kecik.
setelah lama mata kita kering.

barulah akhirnya kita tersedar,
kita rupanya belum cukup kuat.
hati masih rapuh,
ada ruang, ada lompong, ada kosong.
ada jarak,

dengan Tuhan.

kita alpa, kita lalai. kita lupa, kita leka.
DIA datang, DIA tunjuk.
perkara-perkara besar sudah membuat kita BUTA,
maka datang perkara-perkara kecil membuat kita terJAGA.

— via tersenyum-melihat-langit




Friday, 8 February 2013

Bangunlah dari kejatuhan.

 result sudah keluar... pegi amek laptop dan terus cekk :)
alhamdulillah. syukur kepada Allah s.w.t dengan brkatnya ilmu yang diperoleh dapai capai sesuatu pada tahap begini. Ameen . :)

Allah hu robbi . 
sesungguhnya aku bersyukur padamu, 
walaupun usahaku dianggap mencukupi,
tetapi mungkin tanpa aku sedari ada sesuatu yang aku ingkari,
ya. mungkin aku perasan atau tak perasan, 
atau sengaja buat2 tak perasan. 
Nauzubillah. 
Ampunkanlah kesalahanku. 
berkatilah ilmuku, perlakuanku.
sesungguhnya aku insan biasa yang tidak sempurna
ya, sama seperti insan lain, melakukan kesilapan. 
Ya allah, aku bersyukur padamu atas rezeki yang telah Engkau berikan 
yang telah Engkau takdirkan.
ya allah Redhakanlah hatiku dalam mengahdapi setiap ujianMu
hanya kerana
Engkau yang maha pengasih dan maha penyayang
dan Engkau
yang ESA




ketahuilah, sebanyak mana usaha yang dilakukan, sebanyak itulah hasil yang akan diberikan 

ikhlas, usaha, doa, tawakkal dan redha dengan takdirnya :)